Kenangan Ohh Kenangaannn..

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Aduhaiii..teringat balik aku masa zaman dulu-dulu..Allah..Dulu tak dulu mana la, 3 bulan lepas je pun..ehe..Lagu Shoutul Harokah sape tak kenal kan..Memang bila tiap kali aku dengar kagu kumpulan dorang ni..Meremang habis bulu roma kot.Terasa semangat jihad tu,cam la2 tu jugak nak ambik M 16 gi tembak zionis yahudi tu..Huuhh..

Opps..Sebenanya aku bukan nak citer pasal dorang..Tapiii..

Tepat jam 12 MALAM..

"Tuuukkk ttukkk tuuukkkk...... Assalamualaikummm.."  Suasana sunyi dan dalam keheningan malam itu aku terdengar bunyi pintu bilikku diketuk bertalu-talu..Lalu terdengar pula suara perempuan memberi salam.. Aku kaget. Aku yang sudah sememangnya terlebih berani sangat ni, bingkas bangun buka pintu..

" Haahhh kau Su..Nape ni termengah-mengah malam-malam buta ni? Macam nak roboh pintu bilik akak ni kau ketuk.." Tanya aku yang juga turut terkejut tengok dia begitu..(Su tu ketua aras 1..Junior ku yang baru sem 1..Mana tak mengah budak tu.. Bilik aku ni di aras 3..So merabat la budak tu malam-malam gini..Kesiaannn..Dah sambung citer balik..)

BuLaN PaliNg Sibuk..

Assalamualaikum..

Hhuuhh..Penatnya Subhanallah..Tapi aku cuba juga untuk menggerakkan jari ini menari-nari di papan keyboard ini.. Ternyata minggu ini memang agak menguji keimanan lah..Tambah-tambah lagi kekuatan fizikan dan mental.
Mana tidaknya, minggu ni jadual harianku terlalu pack. Sehingga masa untuk diri sendiri pun tak ada. Dari pagi sampai petang dah kelas..malam plak meeting sana -sini..Masuk bilik kadang-kadang dah dekat kol 1 pagi dah..Jadi, cuba korang bagitahu aku..Bilanya aku nak spend masa untuk diri sendiri kan ???

Tapi..Huiisshh..Aku ni siapa nak mengeluh kan? Sebab itu semua termasuk dalam kerja dakwah..Jadi tiada istilah MERUNGUT @ MENGELUH bagi seorang pejuang ok..Syuhada..Kenape dangan kau ni haa ???
kau sabar sikit boleh tak? Bukan kah kau sendiri yang pilih jalan ni ?

Ni antara aktiviti-aktiviti yang secara langsung @ tidak langsung melibatkan diri ini..^__^

10/09/2011 ~ HARI KEUSAHAWANAN KIPSAS BERSAMA MEDIA (wajib pegi sebab kena buat liputan hari tu.)

14/09/2011 ~ JAMUAN AIDILFITRI JABATAN PENGAJIAN MEDIA ISLAM (Ni dan tentu tak boleh elak sebab aku KETUA AJK MAKANAN.. Sampai demam-demam dibuatnya keesokan harinya.)

18/09/2011 ~ OPEN HOUSE AIDILFITRI DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM KIPSAS (Ni lagi wajib pegi sebab kitorang yang kena masak kat sana..Tolong ustaz la katakan..Siap kena tidur rumah ustaz lagi.huhuuu..)

27/09/2011 ~ JAMUAN RAYA JABATAN DAKWAH ( Ni memang dah tak boleh tolak.. dah aku yang timbalan pengarah programnya kan.. Kenapa lah banyak sangat jawatan aku ni..huhu..)

...........................................
Dalam gerakan dakwah..No alasan-alasan ye.. Tiada Istilah PENAT untuk seorang DA'IE..
Wallahua'lam..

2.00 PM
16 September 2011
~Kat mana lagi kalau bukan Bilik B 304..^__^ ~

Tinta Buat BAKAL ZAUJ ku..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu,....


Adakah Kau SanGGuP naK PiKuL DOSA ITU ???

Duhai Muslimah ku..
Kau bertudung labuh bukan untuk menonjolkannya di khalayak..
Kau bertudung labuh bukannya untuk dibangga-banggakan..
Tudung labuhmu itu sepatutnya menjadikanmu lebih malu dan takut untuk melakukan kemungkaran..
Bila kau dah bawa imej Islam..Jangan sekadar bawa..Tapi pelihara ia..Letakkannya di tempat tinggi..Janganlah kau pula yg nak permainkannya..Jangan kerana kau, Islam dipandang keji..
Adakah kau sanggup nak pikul dosa itu ???



Jubahmu..Yaa..kau memang berjubah..
Tapii.Jubah tu kau dah outer..Sampai mengikut bentuk badanmu.Jubah lagi ke tu ?
Kenapa kau tak pakai kebaya je? Atau kebarung ? dah tentu ketat..
Bila kau jalan..
" Peeewwiittt..peewiitt..Perrghhh.."
Terdengar siulan-siulan nakal ajnabi di belakang mu..
Adakah kau sedar itu wahai muslimah?
Atauuu.. Memang itu yang kau nanti-nantikan.. Untuk menarik perhatian mereka ?
Kau bangga ya?
Dan dengan kebanggaan itu..Kau pun berjalan lah dengan lenggang-lenggok dengan jubah yang ketat tadi..
Laluu..Terserlah lah susuk tubuh mu..Apa lagi..Syaitan pun ketawa berdekah-dekah..
Adakah kau sanggup nak pikul dosa itu ???


" Fuuuhhhh..Wanginyer wehh.. Menyengat hidung aku.."
" Peerrghhh..Wangi gilerr.."
Kau suka bila orang puji kau wangi kan..Mesti kau bangga..betul tak ?
Apaa..kau nafikan ?
Tak payah lah..habis..kenapa kau senyum meleret bila ada orang cakap macam tu kat kau?
Kau perempuan..Aku pun perempuan..
Jadi aku tahu hatimu.. Kau suka bila dipuji..Itu fitrah manusia..Tidak aku nafikan..
Duduk jauh sebatu pun dah berbau..Agaknya 1 botol perfume tu..Bape hari lah tahan ye..
Wangian yang kau pakai tu dapat menaikkan nafsu lelaki..Mengghairahkan mereka..
Adakah kau tahu..Setiap lelaki yang menghidu perfume yang kau pakai tu..kau dah dikira sebagai PENZINA ..
Adakah kau sanggup nak pikul dosa itu ???


3.00 am..
14 September 2011
~Bilik B 304~



PerJALanaN SeoRanG HaMba..


Tuhanku..
Mengapa baru sekarang aku sedar akan kehadiran-Mu ???
Mengapa ya Tuhan ku?
Setelah puas hati ini bergelumang dengan dosa..
Setelah tubuh ini kenyang dan mengah terpalit dengan benda keji yg ia sendiri mahukan..
Mengapa Ya Allah..

Setelah hati ini telah hitam dengan tompok-tompok dosa.!!!
jahilnya diri ini Ya Haq..
Dulu..
Aku tidak sedikitpun memandang-mua ya RAbb..
Dengan bangganya larangan-Mu aku ingkari dengan sewenangnya..
Tanpa sedikitpun rasa bersalah bertandang dalam diri ini..

Ya Rabbi..
Hinanya aku ketika itu..
Hinnga segala suruhan-Mu tidak pernah aku endahkan..
Seolah-olah azab siksaan-Mu hanya gurauan padaku..
Langsung tidak pernah ku peduli..

Aku melihat kemungkaran tanpa perasaan untuk mencegahnya..
Malah..Kadang-kadang aku sendiri yg melakukan kemungkaran itu secara terang-terangan..
Berdosanya aku..
"Amar Ma'ruf Nahi Mungkar konon"..
Semua tu ku tak pernah nak ambil peduli pon..
Aku tak kenal semua tu..

Duhai Hati..
Betapa kotornya kamu ketika itu..
Maaf kan aku wahai hati..
Amat banyak dosaku padamu..
Aku berdosa kerana membiarkanmu ditempel  noda-noda hitam..
Akibat kejahilanku..Kesucian yg sepatutnya menjadi milikmu telah ku ragut..
Malah dengan angkuh menambahkan lagi hijabmu dengan Pencipta mu..
Kasihan kamu..

Ya Rahman..
Memang betul & tepat sekali..
Seperti yg telah Engkau catatkan dalam kalam-Mu..
Bahawa..HIDAYAH ITU MILIKMU..
Kini ku telah jaga..
JanjiMu takkan mungkir..
Pada hamba yang ingkar..
Diriku tidak kan terlepas..
Kesalku makin menekan..
Insafku kian meningkat..

Sehinnggalah pada suatu hari..
Kini penghijrahan ku bermula..
Engkau merubah hidupku..
Buat sekian kalinya..
Pada hari ini..
Hingga akhir hayat ku..
Moga Allah SWT thabatkan hati ku di jalan ini..

Biiznillah..