Tepat jam 12 MALAM..

"Tuuukkk ttukkk tuuukkkk...... Assalamualaikummm.."  Suasana sunyi dan dalam keheningan malam itu aku terdengar bunyi pintu bilikku diketuk bertalu-talu..Lalu terdengar pula suara perempuan memberi salam.. Aku kaget. Aku yang sudah sememangnya terlebih berani sangat ni, bingkas bangun buka pintu..

" Haahhh kau Su..Nape ni termengah-mengah malam-malam buta ni? Macam nak roboh pintu bilik akak ni kau ketuk.." Tanya aku yang juga turut terkejut tengok dia begitu..(Su tu ketua aras 1..Junior ku yang baru sem 1..Mana tak mengah budak tu.. Bilik aku ni di aras 3..So merabat la budak tu malam-malam gini..Kesiaannn..Dah sambung citer balik..)


SU : "Akak..akak sibukkk tak? Akak tengah buat ape?" Sambil mencari sisa-sisa udara..^__^
AKU : Macam biasalah Su kalau akak tak siapkan assigment akak ni akak nak buat apa lagi berjaga malam-malam buuta ni..Dengan nak siapkan report liputan lagii..Dengaann...
(Belum sempat aku nak habiskan ayat akuu..)

SU : Akak dah lah.. Cepattt !!! Kak Nor dah lain macam kat bawah tu.. Dia sakit..
AKU : Laa..sakit ape?  Sakit biasa-biasa ke luar biasa..? (Aku pun tak tahu macam mana lah aku boleh tanya soalan macam tu..huhuu..)
SU : Issshh..Akak ni main-main pulak..
AKu : Yelah-yelah..Jom cepat..Jap akak nak kunci pintu dulu.. Roomate akak semua dah tidur dah tu. Kau pegi turun dulu ye..
SU : Isshh tak nak lah kak ..TAKOOTTTT..
AKU : Laaaa.. Penakut gak upenye kau ni kan..

Sambil aku nak kunci pintu tu, aku sempat gak kerling jam kat penjuru bilik tu..1 pagi dah rupanya..Patut lah roomate aku semua syok je dok mimpi ntah dah sampai mana dah..
Sambil berjalan menuju ke bilik B 104 tu.. Macam biasalah.. Aku baca apa yang patut sebagai pendinding diri..Bukan apa, bertujuan ,menghindari dan melindungi diri aku dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam hal begini, segala kemungkinan boleh berlaku..Jadi aku kena sentiasa bersedia.

# Ayat Kursi
# 3 Qul
# Ayat seribu dinar

Sambil hati ni memohon pertolongan dari Allah SWT..Hanya Dia yang boleh melindungi ku dari sebarang ancaman makhluk halus yang kita tak nampak..Moga Allah permudahkan segala urusanku..

Bila dah sampai.. Aku selawat 3 kali masa nak melangkah masuk bilik tu. Dan aku dapat rasakan bilik tu lain macam je..(Seram sejuk + berdebar).Selalunya kalo aku rasa macam ni memang ada lah yang tak kena tu.. Aku pergi dekat katil dia..Mata nya terpejam rapat..Aku pegang leher dia..Perrhh panas giler.. Aku tanya roomate dia, Kak Nor demam ke tadi..Budak tu pun jawab ya..Patutlah pun senang sangat "benda" tu nak masuk sebab badan tengah lemah. Waktu cam gini lah "dia" nak ambil kesempatan.

Aku terus duduk bersila atas katil dia betul-betul kat sebelah kepala dia. Pastu aku pasang Ayat-ayat Ruqyah dari handphone aku..Ayat Ruqyah bacaan imam masyur Sheikh Sa'id Al-Ghamidi tu memang aku download dan sentiasa terpasang dalam handphone untuk memudahkan aku nak menghafal ayat-ayat tu.
Aku letak handphone tu betul-betul kat sebelah telinga dia.

Sementara ayat tu terpasang..Aku baca Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Qursi sambil menadah tangan dah hembuh lalu sapukan ke suruh badan ku..Ini bertujuan moga jin dalam badang pesakit tidak dapat masuk pula dalam badan kita.Tapi ingat ye..SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH..Kalau Allah kata memang akan masuk..Akan masuk juga..Jadi, pada masa ni tawakal pada Dia tu amat penting. Ye lah..masa ni dah tak da sapa yang dapat tolong kau..Musuh yang kau nak lawan tu bukannya kau nampak pun..

Dia tak bagi respon pape lagi..Aku tunggu lagi..Benda macam ni kena banyak sabar tau..
Sampai je pada bacaan Ayat Kursi  ayat terakhir (korang bukak tafsir check la sendiri ye..^__^) dia tutup telinga semahu-mahunya.. Dah mula meronta-ronta.. Tiba-tiba dia buka tingkap (katilnya memang sebelah tingkap pun)..Aku ingat dia nak buat apa.. Rupanya-rupanya dia nak campakkan handphone aku keluar tingkap..Nasib baik aku sempat ambil..Kalo tak bersepai lah handphone cap ayam aku tu..Huhu..

Aku pun startlah merawat..Tangan aku letakkan di atas kepala dia dan aku mula baca Ruqyah Tahriqul Jin..Tak faham eh? Maksudnye jampi pembakar jin..Kalo jin dengar ayat-ayat ni..memang kecut perut dorang..silap-silap hancur tulang belulang..

Surah Al Fatihah semuanya.
Surah AlBaqarah ayat 1 hingga 5
(dari alif lam mim�).
Surah AlBaqarah ayat 102(wattaba'u matatlusyathin�)
Surah AlBaqarah ayat 163 dan 164(Waila hukum ilahun�).
Surah AlBaqarah ayat 255 hingga257 (ayat kursi dan dua ayat sambungannya)
Surah AlBaqarah ayat 285 dan 286(Amanarrasul�).
Surah Ali Imran ayat 18 dan 19(Shahidallahuanahu�)
Surah Al-A'raff ayat 117 hingga 122(Waawhaina ilamusa�)



Semua ayat di atas aku cuba bacakan dengan kuat dan sempurna mengikut tajwid yang betul..
Lepas tu.. Budak perempuan tadi terus meracau-racau..Dan terjadilah dialog antara kami....


JIN : "Woii bodohhh sakit laahh !!!.."Budak perempuan tu cakap..Aku sabar jelah dan buat tak kisah sebab aku tahu bukan budak perempuan tu yang cakap. Tapi jin dalam badan dia tu..
AKU : Kenapa kau masuk dalam badan dia hah???
JIN : Aku sunyi..Aku tak da kawan..Budak ni kelakar..Aku suka kawan dengan dia..(Nak tergelak gak aku dengar masa tu..hehehe..)
AKU : Kau datang dari mana ni?
JIN : Dekat je pun..(sambil matanya memandang ke arah tingkap)
AKU : Dekat tu kat mana ???(Aku tak puas hati)
JIN : Laa..dekat tangki air tu je..(Meremang terus bulu roma aku..Sebab memang ada tangki air besar kat tepi bangunan asrama ni..Hanya Allah yang tahu perasaan ku saat itu..)
AKU : Macam mana kau boleh masuk dalam badan dia?
JIN : Aku nampak dia lalu kat sebelah aku petang tadi..Aku ikutlah dia balik..
AKU : (Istighfar banyak kali dalam hati..)..Kau masuk ikut mana?
JIN : Ibu jari kaki..(Sambil menggerakkan ibu jari kaki kiri budak perempuan itu)
AKU : Kau nak keluar ke tak?
JIN : Tak nak..Aku suka dok dalam badan budak ni..


Aku teruskan bacaan ruqyah ku..dan kali ini aku baca ayat Kursi 9 Waqaf sambil menggenggam penumbuk..dan aku balingkan pada budak perempuan tadi..(jangan cuba nak bayangkan aksi ini ye..^__^)..Ni namanya teknik bola berapi(ala2 dragon Ball..ehe)..Korang jangan pelik pulak..Namanya aja macam tu, tapi masa baling tu niatkan kita balingkan api pada jin..


Selepas beberapa kali aku ulang teknik yang sama..Dia muntah dengan teruk..Teruk sangat..sampai dah x keluar suara..Tapi tak ada apa2 pun yang keluar..kesian aku tengok..Dia merayu-rayu supaya aku tak teruskan..tapi aku tak boleh terpedaya dengan nya..sebab aku tahu yang bercakap tu bukannya budak perempuan tu..tapi jin tu..
Jadi nak tak nak aku teruskan..Sampailah dia lembik..tapi jin tu still degil tak nak kelauar.. 


Kakinya kejang tiba-tiba..Tahulah aku yang jin tu dah beralih pula ke kakinya..Aku terus picit ibu jari kakinya..Budak tu terus menjerit kesakitan..Padahal aku tekan slow je pun..Mengada betul jin tu..Hehe..Aku tanya lagii..


AKU : Kau nak keluar tak? kau nak aku bunuh kau ke macam aku bunuh kawan-kawan kau yang sebelum ni ?
JIN : Aku nak keluar..Aku nak keluar..
AKU : Betul ni? kau tak tipu? kalau kau tipu aku pancung kepala kau..
JIN : Aku janji aku janji aku akan keluar..(fuuhh lega aku dengar dia nak keluar..)
AKU : Kau nak keluar ikut mana?
JIN : Ibu jari kaki kari..
AKU : Baiklah sebelum kau keluar..Kau kena berjanji dulu dengan aku yang kau takkan masuk lagi dalam badan budak perempuan ni..Ikut apa yang aku baca ni..


Setelah dia ikut semua yg aku baca kan tadi..Sebenarnya itu adalah perjanjian yg mengatakan dia takkan masuk lagi mengganggu manusia..dan sebagainya lah..Kalo nak tahu lebih lanjut korang kena belajar lah ye..^^


Setelah dia menyatakan dia bersedia nak keluar..Aku pun luruskan kaki budak perempuan tu..Aku bacalah ayat-ayat yang berkaitan..(x yah bgtahu lah eh..dah panjang sgt ni..huuu).. Aku cuba tarik melalui jari kakinya..Tapi..bukan mudah seperti yang disangka..Susahnya Allah aje yang tahu..Mulanya aku dah tak tahan sebab dia kuat sangat..Aku cuba banyak kali tapi liat sangat..Tangan aku dah mula sakit..Siksanya..Hanya pada Allah aku minta segalanya..


Aku cuba lagi..Dan kali ini..Alhamdulillah Allah izinkan..Akhirnya dia keluar jugak dengan izin-NYA..Budak perempuan tu dah sedar..Alhamdulillah..Pada Allah aku panjatkan segalanya..Budak tu pun dah sedar..Aku minta sebotol air pada roomate dia..Dan aku bacakan apa yang patut..


Lepas aku terangkan cara panggunaan air tu..Aku minta diri nak balik bilik..Aku rasa badan aku lemah sangat..Seluruh badanku sakit-sakit..Namun ku gagahkan juga kaki ni melangkah ke tingat 3 di mana bilikku berada.. Melangkah ke bilik..Mata ku terus fokus ke arah katill..Sungguh.. Aku lemah sangat..Jam pukul 4.30 pagi.. Aku tukar pakaian dan ambil wudhuk..Tidur sebentar..


Keesokannya..Bila ku bangun..Tangan kanan ku amat sakit..Sehingga hendak mnyuap nasi pun amat payah..Aku tahu..Ini ujian buatku..Assigment ku bertimbun..Tapi macam mana sedangkan nak pegang pen pun aku tak mampu..Aku redha..Dan aku tahu..Ini cabaran bagi seorang Mu'alijah (Mu'alijah lah sangat..perasaannn..eheh..)..Yang amalan masih belum mantap..Kesakitannya ku rasakan hingga kini walaupun sudah 3 hari berlalu..


Aku redha..Dan ini bukanlah penghalang untuk aku teruskan bidang ini..InsyaAllah wa Biiznillah..
Doakan aku ya..Aku perlukan doa dari sahabat-sahabat semua..


4.50 AM....
22 September 2011
~Bilikku Rumahku~







4 comments:

Anonymous said...

syu. menarik laahh. best2.. :) akak suka citer ni. dlm seram2 tu smpat ag ada kisah lawak.. hehe.

Syuhada Mujahidah said...

Hehe..BEtul kak..kadang2 ada je yg tergelak tauuu..akak..tapi syu x pandai sgt la nk dcorate cter..wlopun pngalaman sndri..main tulis je kak..akak..kritikan ade??? hehe

Anonymous said...

nak kritik. tak adalah nak kritik. sbb ini cerita syu. bukan cerpen ke ape. okay je akak baca. menarik. tp ni baru 1 cerita. syu kan da byk kali handle benda2 cmni:) boleh tambah lagi:)

Syuhada Mujahidah said...

Hehehe..dah lupe dah kak..kronologi nye..hehe..InsyaAllah..akan syu kongsikan ksah sterusnya..