BuLaN PaliNg Sibuk..

Assalamualaikum..

Hhuuhh..Penatnya Subhanallah..Tapi aku cuba juga untuk menggerakkan jari ini menari-nari di papan keyboard ini.. Ternyata minggu ini memang agak menguji keimanan lah..Tambah-tambah lagi kekuatan fizikan dan mental.
Mana tidaknya, minggu ni jadual harianku terlalu pack. Sehingga masa untuk diri sendiri pun tak ada. Dari pagi sampai petang dah kelas..malam plak meeting sana -sini..Masuk bilik kadang-kadang dah dekat kol 1 pagi dah..Jadi, cuba korang bagitahu aku..Bilanya aku nak spend masa untuk diri sendiri kan ???

Tapi..Huiisshh..Aku ni siapa nak mengeluh kan? Sebab itu semua termasuk dalam kerja dakwah..Jadi tiada istilah MERUNGUT @ MENGELUH bagi seorang pejuang ok..Syuhada..Kenape dangan kau ni haa ???
kau sabar sikit boleh tak? Bukan kah kau sendiri yang pilih jalan ni ?

Ni antara aktiviti-aktiviti yang secara langsung @ tidak langsung melibatkan diri ini..^__^

10/09/2011 ~ HARI KEUSAHAWANAN KIPSAS BERSAMA MEDIA (wajib pegi sebab kena buat liputan hari tu.)

14/09/2011 ~ JAMUAN AIDILFITRI JABATAN PENGAJIAN MEDIA ISLAM (Ni dan tentu tak boleh elak sebab aku KETUA AJK MAKANAN.. Sampai demam-demam dibuatnya keesokan harinya.)

18/09/2011 ~ OPEN HOUSE AIDILFITRI DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM KIPSAS (Ni lagi wajib pegi sebab kitorang yang kena masak kat sana..Tolong ustaz la katakan..Siap kena tidur rumah ustaz lagi.huhuuu..)

27/09/2011 ~ JAMUAN RAYA JABATAN DAKWAH ( Ni memang dah tak boleh tolak.. dah aku yang timbalan pengarah programnya kan.. Kenapa lah banyak sangat jawatan aku ni..huhu..)

...........................................
Dalam gerakan dakwah..No alasan-alasan ye.. Tiada Istilah PENAT untuk seorang DA'IE..
Wallahua'lam..

2.00 PM
16 September 2011
~Kat mana lagi kalau bukan Bilik B 304..^__^ ~

No comments: