Surat Seorang Lelaki Kepada Future WIFE nya...

Kehadapan my future wife(s)


I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.


So, wahai my future wife(s)


I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.


I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Peristiwa Di Terminal..

 Cuti semester ku telah pun bermula..Sebulan lamanya. Semua mahasiswa dan mahasiswi Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bercuti dan telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Jika mereka dapat menghabiskan seluruh masa cuti mereka bersama keluarga tersayang, tapi aku hanya sempat bersama ibu dan adik-adikku hanya 3 hari sahaja. Selepas 3 hari tersebut, aku terus ke Kuala Lumpur untuk berkerja di taska makcik ku di sini.. Ini bukan pilihan aku.. Kalau nak diikutkan, nak je aku habiskan masa cutiku di kampung. tambahan pula aku jarang-jarang sekali balik ke kampung disebabkan faktor jarak yang jauh dari Kedah ke Kuantan. Namun apa kan daya, aku terpaksa mencari duit untuk persiapan awal semester depan. Aku tahu, ibu juga berat untuk melepaskan aku.. Namun ibu tiada pilihan selain membenarkan aku pergi..

Ibu ku sudah membeli tiket untuk ke KL sejak aku masih berada di kampus lagi.. Takut tiket habis kata ibu. Tiket bas ku pada pukul 12.30 tengah hari. Aku naik teksi dari rumah ke terminal dan sebaik sahaja sampai ke terminal aku sempat membeli sedikit barang keperluanku seperti shampoo, pencuci muka, ubat gigi dan sebagainya. Tuulaa..Barang-barang aku semuanya tertinggal di asrama jadi terpaksa lah beli yang baru.
Aku juga sempat membeli sebotol air mineral buat bekalan sepanjang perjalanan. Aku mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang disediakan di terminal itu. Pada hari itu tidak terlalu ramai orang di terminal dan membuatkan aku lega kerana tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Jarum jam menunjukkan angka 12.15 tengah hari...

Fuhh,,, Alhamdulillah..

Alhamdulillah..Rindunye aku pada blog kesayangan ku  yang cantik ni..^__^.. Setelah sekian lama ditinggalkan..Baru lah aku diberikan masa untuk mengayunkan jari jemari ini untuk meluahkan segalanya..

Alhamdulillah sekali lagi.. Baru sekarang aku dapat mengambil nafas semula setelah beegeluman dengan kerja-kerja yang menyesakkan aku..Bersyukur.. Sepanjang 2 minggu ni, bermaca-macam yang telah aku lalui..Dan yang paling membuatkan aku lega.. F I N A L   E X A M aku dah pun berakhir.. Kira boleh dikatakan aku dah nerdeka lah..

Tapi just for this sem je lah.. Soalannya? Allahuakbar..Entahlah, jujur aku cakap aku langsung tak letakkan sebarang harapan memandangkan soalan2nya yang bagi aku memang mencabar.. Tapi sebagai hamba-NYA.. Itu tidaklah membuatkan aku patah semangat dan putus asa..Kerja aku sebagai hamba DIA adalah berdoa dan tawakal setelah berusaha.. InsyaAllah..Sahabat-sahabat, Aku perlukan doa tulus kalian untuk berjaya di dunia dan akhirat..

Kenangan Ohh Kenangaannn..

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Aduhaiii..teringat balik aku masa zaman dulu-dulu..Allah..Dulu tak dulu mana la, 3 bulan lepas je pun..ehe..Lagu Shoutul Harokah sape tak kenal kan..Memang bila tiap kali aku dengar kagu kumpulan dorang ni..Meremang habis bulu roma kot.Terasa semangat jihad tu,cam la2 tu jugak nak ambik M 16 gi tembak zionis yahudi tu..Huuhh..

Opps..Sebenanya aku bukan nak citer pasal dorang..Tapiii..

Tepat jam 12 MALAM..

"Tuuukkk ttukkk tuuukkkk...... Assalamualaikummm.."  Suasana sunyi dan dalam keheningan malam itu aku terdengar bunyi pintu bilikku diketuk bertalu-talu..Lalu terdengar pula suara perempuan memberi salam.. Aku kaget. Aku yang sudah sememangnya terlebih berani sangat ni, bingkas bangun buka pintu..

" Haahhh kau Su..Nape ni termengah-mengah malam-malam buta ni? Macam nak roboh pintu bilik akak ni kau ketuk.." Tanya aku yang juga turut terkejut tengok dia begitu..(Su tu ketua aras 1..Junior ku yang baru sem 1..Mana tak mengah budak tu.. Bilik aku ni di aras 3..So merabat la budak tu malam-malam gini..Kesiaannn..Dah sambung citer balik..)