Peristiwa Di Terminal..

 Cuti semester ku telah pun bermula..Sebulan lamanya. Semua mahasiswa dan mahasiswi Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bercuti dan telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Jika mereka dapat menghabiskan seluruh masa cuti mereka bersama keluarga tersayang, tapi aku hanya sempat bersama ibu dan adik-adikku hanya 3 hari sahaja. Selepas 3 hari tersebut, aku terus ke Kuala Lumpur untuk berkerja di taska makcik ku di sini.. Ini bukan pilihan aku.. Kalau nak diikutkan, nak je aku habiskan masa cutiku di kampung. tambahan pula aku jarang-jarang sekali balik ke kampung disebabkan faktor jarak yang jauh dari Kedah ke Kuantan. Namun apa kan daya, aku terpaksa mencari duit untuk persiapan awal semester depan. Aku tahu, ibu juga berat untuk melepaskan aku.. Namun ibu tiada pilihan selain membenarkan aku pergi..

Ibu ku sudah membeli tiket untuk ke KL sejak aku masih berada di kampus lagi.. Takut tiket habis kata ibu. Tiket bas ku pada pukul 12.30 tengah hari. Aku naik teksi dari rumah ke terminal dan sebaik sahaja sampai ke terminal aku sempat membeli sedikit barang keperluanku seperti shampoo, pencuci muka, ubat gigi dan sebagainya. Tuulaa..Barang-barang aku semuanya tertinggal di asrama jadi terpaksa lah beli yang baru.
Aku juga sempat membeli sebotol air mineral buat bekalan sepanjang perjalanan. Aku mengambil tempat di salah sebuah kerusi yang disediakan di terminal itu. Pada hari itu tidak terlalu ramai orang di terminal dan membuatkan aku lega kerana tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.

Jarum jam menunjukkan angka 12.15 tengah hari...
Aku pantas mengeluarkan tiket bas dari dalam wallet dan terus menuju ke kaunter di mana tiket itu dibeli. Tapi aku hampa sebab hamba Allah yang jaga kaunter tu tak ada pulak..Aku kembali duduk kerusi ku sambil kepala ku tertinjau ke arah kaunter. 5 minit kemudian sesosok tubuh gempal masuk ke dalam kaunter tu dan tanpa berlengah lagi aku terus mengatur langkah ke situ.
"Assalamualaikum.. Encik..bas ni no bape ye? Pukul 12.30 ke ? " tanya aku.
"Wa'alaikumussalam.. jap ye cik adik.. Saya check kejap."
Aku tengok dia berkali-kali buat panggilan. Dari perbualan mereka, tahulah aku yang dia sedang menelefon agensi tiket di Butterwoth.

Lepas tu je.. Tiba-tiba dia kata..." Cik, boleh tak cik tinggalkan no phone cik kat saya? Nanti saya call cik semula." Aku ni yang betul tanpa berfikir panjang terus bagi tahu no aku kat dia. Mana taknya, hati aku ni dah berkecamuk dah punya risau. Tengok jam dah 12.30 pm. So aku balik ke tempat duduk aku balik.. Tunggu dengan sabar je.. Sabar je lah. tak lama dalam 10 minit macam tu hamba Allah yang jaga kaunter tadi tu datang dari belakang aku. Nasib baik tak nazak aku kat situ..

"Cik adik manis.. Bas tu ada masalah lah.. Ni abang bagi adik tiket bas baru..Adik naik bas ni ye..Aku dengan muka yang agak..HUHHH..Aku pandang tiket tu bertulis TRANSNASIONAL.. Seat 22 A"
Baru aku nak tarik bagasi aku yang besar gedabak tu.. Cepat dia " Tak ape dik biar abang yang bawakkan..Bas jauh kat hujung tuh.."..EEiii...Allah je yg tahu perasaan aku masa tu. 1st aku memang segan dengan lelakin 2nd..Aku lebih takutkan fitnah yang bakal datang..Sebab aku tengok orang beberapa orang di sekeliling ku dah mula pandang pelik dah..Aku hanya harapkan Sang Khaliq pada saat itu..

Aku berkata dalam hatiku "Haahh nak bawak sangat kan..Bawaklah.." Aku membiarkannya jalan dahulu dan aku mengikuti jauh di belakangnya. Untuk elak fitnah. Sampai je kat bas, driver bas terus buka perut bas yang untuk letak bag tu. Dan sekali lagi aku agak kaget bila tengok dalam perut bas tu dah penuh dengan bag2 penumpang yang lain yang telah naik lebih awal dariku. Bag aku ni dah lah besar..Xda space lagsung aku nak letak. Dengan tenaga wanita yang  "tak berapa nak kuat ni" ni manalah aku mampu nak tolak bag2 tu.. Pastu ape lagi.. "Takpe2.. Adik naik dulu, bag ni biar abang yg uruskan."..Aku geli sebenarnya sebab dia bahasakan dirinya abang..Sedangkan aku tetap memanggilnya ENCIK.. Aku tanpa cakap banyak.."Aaa..Time kasih encik."

Aku naik je bas..Tengok semua tempat full dan hanya ada 2 seat kosong di belakang sekali.. Semua mata tertumpu ke arah ku..Dalam hati ku,,"Haisshh..Situasi ni lah yg paling aku tak suka..Macamlah aku ni makhluk asing dalam bas ni.". Aku pun buat macam orang yang tak ada perasaan.. Terus pegi ke seat yang kosong tu.. Fuhh legaa..Alhamdulillah..Tiba-tiba lelaki yang jaga kaunter tu naik pulak dalam bas tu. Aku ingat dia nak bincang dengan driver tu..Normal lah tu kan. Tapi ni tak..Dia terus datang kat aku..Aku buat slumber je lah.
"Adik..2 seat ni adik punya sorang ye..Memang tak da orang sebelah tu." Aku hanya mengannguk perlahan..

"Adik..Dah sampai nanti turun kat RNR Rawang tu hati-hati ye..Situ sunyi sikit..Jaga diri baik-baik..Lelaki sekarang ni bukan boleh harap sangat.."Sambil tersenyum.. Aku pelik dan bermonolog sendiri.."Haisshh dia ni kenapa..Dah macam suami aku pulakk..Tolonglah fahamm..Tapi nak tergelak pun ada..
Tapi sebenarnya aku memang tak selesa dengan keadaan tu..Apa taknya..Orang yang sebelah aku tu pandang pelik je..Mingkin dorang ingat siapalah lelaki tu dengan aku..Aku pun kata.."Time kasih encik.. Rasanya dah tak ada apa-apa dah kot.."..Sengaja cakap begitu nak bagi dia cepat pergi dari aku.. Dia pun beri salam dan terus beredar..Dalam hatiku memamnjatkan setinggi kesyukuran pada Ilahi kerana telah membebaskan aku dari situasi tersebut..

Setelah 15 minit bas bergerak.. Nada mesej handphone ku berbunyi.. Number yang tidak ku kenali..Aku terus membuka.. ASSALAMUALAIKUM..NAMA ABANG AZLAN..ABANG YANG TADI TU..NIAT ABANG IKLAS NAK KENAL DENGAN ADIK..HARAP ADIK TIDAK KEBERATAN."
Aku hanya beristighfar di dalam hati..Moga allah mengampunkan dosa aku pada hari itu..Mesej tersebut terus aku padam.. Aku terus menghubungi inu di rumah dan menceritakan segalanya yang telah berlaku..Memang kelaziman aku akan melaporkan setiap apa yang berlaku kepadaku terhadap ibu..Ibu ku sudah menjadi seperti PA ku sendiri..Aku rasa lebih selamat dengan begitu..^___^..

Ibu pada mulanya agak terkejut..Tapi sebelum ibu meletakkan telefon ibu ada berkata "Ala along..Dari masa ibu beli tiket awal2 hari tu lagi dia dah mintak izin ibu nak kenal dengan along..."..Ibu tergelak besar selepas tu..
Aku terjerit kecil tanpa ku sedar "Ibuuu !!!! " Beberapa penumpang lelaki di sebelah ku memandangku..

Dalam hatiku..Mengapa lelaki semudah itu mahu mengenali wanita ...???
Moga Allah tetap menjaga diriku dari terus tertipu dengan godaan syaitan laknatullah..

1 comment:

Halawatul_Insyirah said...

hehehe. Kelakar lah entri syu kali ini. Btw, tahniah kerana berjaya memegang prinsip syu:) I'm proud wif u sis.