Kenangan Ohh Kenangaannn..

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Aduhaiii..teringat balik aku masa zaman dulu-dulu..Allah..Dulu tak dulu mana la, 3 bulan lepas je pun..ehe..Lagu Shoutul Harokah sape tak kenal kan..Memang bila tiap kali aku dengar kagu kumpulan dorang ni..Meremang habis bulu roma kot.Terasa semangat jihad tu,cam la2 tu jugak nak ambik M 16 gi tembak zionis yahudi tu..Huuhh..

Opps..Sebenanya aku bukan nak citer pasal dorang..Tapiii..
just nak berkongsi pengalaman masa jadi fasilitator MAS-23 baru-baru ni..Ape MAS tu? Jap la nak citer la ni..MAS tu Minggu Aluan Siswa tuk kolej kami..(KIPSAS)..Kiranya aku jadi fasi bagi freshie-freshie yang baru masuk..

Kalau nak ikutkan, ni kira 1st time lah..Berdebar tu jangan cakaplah, sebab yang mendaftar nye ramai yg agak tua dah..Tua lah sangat kan....Alaa dalam 21 ke atas lah. Yang muslimat tak apa lagi tapi yang musliminnya dah macam bapak orang dah aku tengok..hohoo.. Tokojuit eden.. Tapi takpe, fasi mesti cool kan.. So..relax je..Nak kisah apa kan, yang penting aku senior..hehe.


Hari pertama..


Semuanya berjalan lancar aja.. Dari bermulanya sesi pendaftaran pelajar, semua pelajar barsama ibu bapa masing-masing dibawa pula ke dewan utama bagi sesi mendengar taklimat. Di situlah penerangan demi penerangan mengenai tatatertib kolej, peraturan pembelajaran dan sebagainya diterangkan kepada para pelajar dan ibu bapa. Tapi aku tak tahu menahu sangat apa yang terjadi dalam dewan tu sebabnya aku ditugaskan untuk mengawal lalulintas atau senang cakap jaga parking la..Huhuuu..


Sepanjang menjadi "jaga" yang setia, macam-macam pengalaman baru yang aku dapat. Contohnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam ibu bapa pelajar-pelajar. Dalam banyak-banyak hal, yang aku paling tak boleh lupa sorang pakcik ni.. Dia nak masuk dekat parking utama, lepas tu aku bagi la isyarat kat dia yang parking kat situ dah penuh. Aku suruh dia dia parking kat tempat lain dan siap tunjuk arah lagi. Tapi dia boleh tak nak pulak dan berkeras nak jugak parking kat situ. Alasan dia sebab senang nak angkut barang ke blok anak dia yang memang dekat dengan tempat parking tu.


Dah banyak kali juga aku cakap dengan penuh hikmahnya.(Macam apa yang aku belajar dalam usrah tu haa..).
" Pakcikk.. Pakcik tak boleh masuk sini sebab parking dah penuh."..Tapi dia taknak dengar juga dan terus masuk. Aku pun redha je lah.. Dalam hati.."Aahh..tak pa lah pakcik ni dah tua..Mungkin tak larat nak jalan jauh-jauh..huhu". Tapi tak sampai je 5 minit aku dengar bunyi bising dekat dalam tu.. Aku pergi la tengok ape hal pulak dah ni..Rupanya-rupanya pakcik tadi tu dia bising sebab dia tak dapat nak keluarkan kereta dia..Aku nak tergelak pun ada masa tu..Hehehe.. Yelah mana taknya dengan mukanya yang merah padam tu dia asyik membebel je..Comel pun adaaa..huhu..


Lepas dia nampak je aku..Dia terdiam.. Lepas tu aku cakap lah baik-baik dengan dia.. "Maaflah pakcik.. Tadi kan saya dah cakap parking sini memang dah penuh dah.. Sebab tu saya tak bagi pakcik masuk tadi." "Pakcik mintok maaf la nak ooiii..Dogil bebeno pakcik ni ha..Skang dah menyusahkan orang dah ni haaa.."..Dalam hati ku..Oohh..Orang nogori pakcik ni haa..Dari luar, secara tak sengaja bebola mataku ni terpandang seorang lelaki yang nampak agak sebaya dengan ku di dalam kereta itu. Anak lelakinya mungkin..Dia senyum jee..Mungkin baginya kelakar melihat ku yang bertudung labuh..Berjubah tetapi memakai sarung tangan putih ala-ala polis trafik gitu..Sambil ditangan memegang walky talky...Huhu..aarrgg..Tiba-tiba aku jadi malu direnung begitu..Cepat-cepat aku mengelak dari renungan tajamnya..
"Tak ape pakcik..Saya akan bantu pakcik untuk parking di tempat yang lain ye.." Pakcik itu tersenyum seraya mengangguk..


Kalau nak cerita semua pengalaman sepanjang minggu tu..Memang banyak sangat..Tak terlarat jari ni nak menaik dan tak larat jugak korang nak membaca..Sikit-sikit dah lah ye..Haa..kalo nak tahu..Sebenarnya budak lelaki yang ku nampak dalam kereta bersama pakcik tu memang betul lah anak dia.. Daannn..Umurnya 3 tahun lebih tua dari aku.. Aku segaannn..Sebab dengan slumber dan tanpa rasa bersalah sepanjang minggu MAS tu aku panggil dia adik..Dan bahasakan diriku kakak..huhu..


Tapi sekarang ni masing-masing dah tahuu..Memang muka ni tak tahu nak letak mana..(Sambil melihat ke arah almari baju yang sedang terbuka..huhu).. 1 hari tuu.. Ada sorang junior ni kasi aku surat..Aku pelik dan tanya dari siapa. Budak tu jawab entah saya tak kenal..Lagi lah aku pelik.. Bila dah sampai bilik aku terus buka sampul yang kaler pink tu..huhu.. Rupa-rupanya dari dia..Dia tu sape??? Alaaa.. Muslimin yang aku ceritakan tadi tu laahh.. Dalam surat tu..Dia memohon maaf atas segala kekasaran yang ayah dia dah buat pada aku.. Dia mengaku yang ayah dia memang jenis yang "hot tempered" .. ohh..Ok fine.. dan last sekali..Dia menghulurkan salam ukhuwah dan ta'aruf kepadaku..oohhh..noo.. (Tibe-tibe teringat lagu Rossa bertajuk Lelaki Buaya Darat..hehe..Kejam x aku???)


Lepas aku baca habiss.. Aku ambil masa 3 hari untuk berfikir patut ke aku balas surat tu..Lastly aku kuat kan juga tangan ni untuk membalas kembali isi kandungan surat tu..Ehh tapi korang jangan salah faham..Aku tak ada niat pun nak layan sesuka hati ajnabi yang aku tak kenal ok..^__^.. Dalam surat tu aku cuma kata yang pasal insiden hari tu aku langsung tak ambil hati lah..Tu je punn..Puas hati korang ? hehehe..Gurau je ye..


Allahuakbar..Dah banyak sangat aku melalut ni..Huhuhu..maaf la eh..tak sengaja..Jadi..Inilah antara pengalaman aku yang bagi aku berharga..Sebab lecture aku kata semua yang berlaku dalam hidup kita sama ada baik ke buruk ke..Ia tetap ilmu..


Oklah..dah lewat ni..Mata pun dah mula rasa mengantuk..Aku mintak diri dulu ye..InsyaAllah kalau panjang umur kita jumpa lagi..
Assalamualaikum..


                       3.23 AM
              23 September 2011
~Dalam Bilik aku sambil makan Crispy~

2 comments:

Anonymous said...

amboii laa dia. ada peminat tu :p haha. best2. kelaka pn yer juga:) lepas tu dak tu bls x surat syu tu. sweet je wane pink. haha.

Syuhada Mujahidah said...

Hehehe..kelakar kan..ehe..dDua x balas dah kak..sebab ayat last syu dalam surat tu syu ada cakap yang dia x perlu dah balas surat tu..
Itulah kak..warna pink yg syu x tahan tu..
Tapi cantiiikkk tau kakk..^__^